Monday, June 6, 2011

U all makan apa hari ni?

Oleh kerana boring yang amat sangat dan mama marah tidur petang-petang, akhirnya Tasya buat keputusan untuk belajar memasak. Baru senang cari suami mama kata. Heh! Lambat lagi laa mama.


Oleh kerana kat rumah sekarang ni ada ayam je dalam peti tu, so Tasya nak belajar masak ayam masak merah. Nak buat surprise kat mama. Hehehe... Tasya nak belajar sama-sama dengan u all semua. Jom- jom!


Bahan-bahan

1/2 ekor ayam - dicuci dan dilumur garam kunyit.
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1 biji cili hijau - dipotong melintang
5 sudu cili giling - boleh dikurang atau ditambah mengikut citarasa masing-masing
2 biji limau nipis - diperah dan ambil jusnya
sedikit halia - dihiris halus
sedikit kicap cair
sedikit kicap pekat
sedikit sos tiram

Bahan-bahan kisar

1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih

Cara memasak

1. Goreng ayam sehingga masak tapi jangan terlalu garing. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis halia. Biarkan garing.
3. Masukkan bahan kisar. Kacau rata sehingga naik baunya.
4. Masukkan cili giling dan kacau lagi hingga pecah minyak.
5. Masukkan kicap cair, kicap pekat dan sos tiram. Kacau dan boleh tambahkan sedikit air jika terlalu kering.
5. Masukkan bawang besar dan cili hijau.
6. Masukkan ayam dan kacau rata.
7. Akhir sekali masukkan jus limau nipis dan kacau lagi rata-rata sebelum tutup api.
8. Siap dan boleh dihidangkan.


Macam ni laa lebih kurang rupanya nanti mintak-mintak. Heehee...




Sumber dari internet. Malas nak keluar beli buku resepi. Lepas ni kalau ada antara u all yang pandai masak ajar-ajar laa Tasya ni yek?


xoxo

No comments: