Wednesday, June 8, 2011

Betul ke perempuan suka lelaki yang fun?

Kali ni Tasya nak bocorkan satu rahsia besar kat blog Tasya. Hampir semua wanita, kalau ditanya lelaki macam mana yang mereka nak, akan ada ciri-ciri ini. Kelakar. FUN! Betul tak? Sebab lelaki yang FUN takkan membosankan mereka.



Cuma, mengikut pengalaman Tasya sendiri, ramai kawan Tasya yang sangat FUN tapi tak ada pasangan. Kenapa? Bukan ke FUN tu yang diinginkan semua orang? Jadi kenapa kawan-kawan Tasya ni tak boleh buat wanita tertarik pada mereka? Mereka terlalu memilih ke?



TIDAK!!!

Semua ni jadi secara subconscious sebenarnya. Di dalam otak manusia ada satu sistem yang dipanggil reticular activating system. Apa tu?



Pernah tak bila you all lepak kedai mamak, tiba-tiba siren kedai sebelah berbunyi? You all pasti akan secara automatiknya teralih pandangan ke situ bukan? Andaikan siren tu berbunyi selama 30 minit. Pada minit kelima   you all akan abaikan terus perkara tu. Apa yang terjadi bila siren tu berhenti? You all sekali lagi secara automatiknya akan teralih pandangan ke arah tadi bukan? Dan mungkin akan kata, 'Eh? Dah senyap?'



Semua tu disebabkan oleh  reticular activating system tadi sebenarnya. Secara mudahnya, sistem ni akan menapis semua perkara yang berlaku secara berterusan menjadi TIDAK PENTING!

Ketagihan berlaku bila kita tak dapat apa yang kita nak. Betul?



Jadi, apa yang boleh Tasya kata, jadilah lelaki yang kelakar dan FUN, hiburkan wanita idaman you all semua dan kemudian tarik balik supaya mereka ketagihkan emosi kelakar dan FUN anda tu. Tasya harap ini membantu kawan-kawan semua.

Semua ni hasil kajian dari luar negara. Tasya baca dan kongsi balik. Tu je. So if you guys need any help regarding love, just tulis pada Tasya okay? Tasya akan cuba untuk tolong.

xoxo

1 comment:

Hans said...

ar ar
kalau fun selalu lama2 jadi tak fun
:-)

Filem KL Gangster